Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Filipina Catat Peratus Tertinggi, 1,764 PATI Dipulangkan Setakat Ini – Sabah News

KOTA KINABALU: Warganegara Filipina mencatatkan peratusan tertinggi dalam operasi pemindahan tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) apabila menyumbang sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan 1,764 individu yang telah dipulangkan ke negara asal setakat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di Facebook semalam, warganegara Indonesia merekodkan 36 peratus, manakala lain-lain negara sebanyak lapan peratus daripada jumlah keseluruhan pemindahan tersebut.

“Dalam perkembangan terkini, seramai 19 lagi tahanan PATI telah dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), melibatkan 13 lelaki dewasa, lima wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dari Filipina, Pakistan dan Vietnam.

“Kesemua tahanan berkenaan telah selesai menjalani proses perundangan di Malaysia serta melepasi verifikasi dokumen perjalanan oleh kedutaan masing-masing sebelum dibenarkan pulang ke negara asal dengan pembiayaan sendiri,” jelas kenyataan itu di sini, semalam.

Jabatan itu turut memaklumkan, operasi pemindahan tahanan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang imigresen dipatuhi.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar lebih peka terhadap persekitaran komuniti serta tidak bersekongkol melindungi atau menggaji PATI, selain menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

LEAVE A RESPONSE