Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Fifiana buktikan keupayaan pelari Sabah di Ultra Trail Dunia UTMB

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Seorang gadis kecil dari Sabah, Noor Hafizah Zubaidi, atau lebih dikenali sebagai Fifiana, melakar sejarah peribadi apabila membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan ultra trail berprestij, Chiang Mai UTMB (Ultra-Trail du Mont-Blanc) dari 5 hingga 7 Disember lepas di Chiang Mai, Thailand.

Acara antarabangsa itu dianjurkan oleh Running Connect Company Limited, dan merupakan salah satu kejohanan utama dalam siri dunia UTMB World Series—impian besar setiap pelari denai di seluruh dunia.

Dengan cabaran 160KM untuk penyertaan pertama, Fifiana berdepan cabaran fizikal dan mental yang luar biasa.

Laluan perlumbaan mencatatkan ketinggian mencecah 9,711 meter, dengan had masa ketat selama 48 jam serta cut-off time di setiap water station dan checkpoint yang memerlukan fokus penuh untuk tiba ke garisan penamat.

“Ini adalah impian setiap pelari denai, dan saya mahu menggapai impian pertama saya untuk menamatkan larian 160KM di sini,” katanya.

Walaupun ini adalah kejohanan UTMB pertamanya, sepanjang tahun ini, Fifiana telah menyertai sembilan acara Marathon Jalan Raya di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat, Miri, Kuching, Putrajaya, Kuala Lumpur serta Osaka, Jepun.

Fifiana berasal dari Tamparuli juga pernah menyertai dua acara trail marathon di Sabah iaitu Kadamaian Adventure Race (60KM) dan TMBT (50KM).

Ia menggambarkan dedikasinya yang tinggi terhadap dunia larian, baik di jalan raya mahupun denai.

Selain aktif bertanding, Fifiana turut memimpin komuniti pelari di Kota Kinabalu dikenali sebagai RUNSYND.

Komuniti ini menganjurkan sesi latihan percuma dan berbayar untuk pelari baru dan berpengalaman, sambil sama-sama berkongsi ilmu serta membina budaya larian yang sihat di Sabah.

LEAVE A RESPONSE