Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Fasa pertama projek bekalan elektrik ke Kampung Sundang dan Bogaya sedang berjalan

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Usaha menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk di Kampung Bogaya dan Kampung Sundang, di Batu Sapi menerusi projek pemasangan meter prabayar sedang dilaksanakan.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata ketika ini projek berkenaan berada dalam fasa pertama pelaksanaan.

“Untuk Kampung Bogaya, hampir 100 rumah kita bekalkan elektrik untuk fasa pertama ini.

“Di Kampung Sundang, penyertaan masyarakat setempat tidak begitu cepat. Kita sedang usahakan juga supaya sekurang-kurangnya 100 buah rumah di kampung itu menerima bekalan elektrik,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Khairul sebelum ini meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) untuk menyelesaikan segera masalah bekalan elektrik yang berulang di kedua-dua kampung itu.

Beliau bekrata, aduan penduduk mengenai isu itu sudah lama dengan penduduk serta peniaga terbeban akibat kekerapan gangguan dan kekurangan bekalan elektrik.

Khairul yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, selain di kawasan tanah besar, beliau juga mahu menumpukan usaha untuk membantu penduduk pulau dalam kawasan parlimennya.

Katanya, perancangan itu termasuk menyediakan bekalan air bersih ke pulau dengan sebagai permulaan, beliau merancang untuk memilih dua pulau untuk menerima bekalan air.

“Ini antara perancangan kita. Sebelum ini, hampir lima tahun kawasan Batu Sapi tiada wakil rakyat selepas kematian bekas Ahli Parlimen, Datuk Liew Vui Keong.

“Banyak yang tidak dapat diselesaikan dulu dan ini harus kita perbaiki,” katanya.

LEAVE A RESPONSE