Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ellron terus dekati rakyat, tekankan kestabilan politik sebagai kunci kemajuan Sook

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Silar Pinikit

SOOK : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Datuk Ellron Angin, terus mendekati penduduk di kawasan beliau bagi menjelaskan kesinambungan perjuangannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta mendengar suara dan keperluan masyarakat setempat.

Dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat PDM Membulu di Kampung Membulu pada Khamis, Ellron menegaskan bahawa kestabilan politik dalam GRS menjadi asas utama kepada pembangunan berterusan di negeri Sabah.

Ellron menyerahkan baju bertulis slogan “Malangis Gempur” yang bermaksud “gempur habis-habisan” kepada jentera PDM Kampung Membulu.

“Dengan kestabilan politik, kita mampu membasmi kemiskinan, menarik pelaburan baharu, meningkatkan pendapatan rakyat serta memastikan hasil negeri dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya hubungan baik antara kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan dasar dan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, GRS perlu kekal dominan dalam kerajaan negeri agar segala perancangan untuk rakyat dapat diteruskan, termasuk penambahbaikan infrastruktur luar bandar, peluang pendidikan, serta sokongan terhadap belia dan komuniti tani di Sook.

“Usaha kita adalah untuk memastikan tiada rakyat Sook yang tertinggal, sama ada di kampung mahupun di bandar,” katanya.

Ellron turut menyeru masyarakat agar terus bersatu hati dan menyokong GRS, kerana hanya dengan kestabilan dan kerjasama, Sook mampu melangkah ke arah kemajuan dan kesejahteraan yang sebenar.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sook, Abraham Angkimo dan mantan PPM Sook, Tony Talasoi. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE