Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Dua Lelaki Panik, Campak Syabu Sebelum Diberkas di Tawau – Sabah News





TAWAU: Dua lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Tawau di hadapan sebuah kedai di Jalan Kalabakan, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sebaik dihampiri polis sebelum berlaku pergelutan.

“Ketika kejadian, salah seorang suspek sempat mencampakkan satu objek ke kawasan berumput. Pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar berisi 50.27 gram syabu bernilai anggaran RM5,529.70.

“Ujian air kencing kemudian mengesahkan kedua-dua suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Tiada barang salah lain ditemukan pada tubuh suspek atau dalam kenderaan mereka, namun sebuah kereta turut disita,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Kedua-dua suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis meneruskan risikan bagi menumpaskan rangkaian pengedaran dadah di daerah ini dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan.




LEAVE A RESPONSE