Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Dua calon wanita PH memulakan kempen dengan program bertemu orang ramai

Read Time:1 Minute, 22 Second

SANDAKAN: Dua calon wanita yang berentap merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura dan Tanjung Papat memulakan kempen hari kedua mereka dengan program Walkabout selepas diumumkan sebagai calon, semalam.

Dua calon yang mewakili Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee bagi kerusi DUN Elopura dan Naib Ketua DAPSY, Tang Szu Ching di kerusi DUN Tanjung Papat.

Kedua-duanya memulakan program bertemu orang ramai di kawasan tumpuan utama penduduk Sandakan iaitu pasar umum dan pasar minggu, di sini.

Kempen menyantuni akar umbi itu kemudian diteruskan perkampungan atas air Sim-Sim, selain Futsal Batu 4 sebelum ke Bandar Utama.

Szu Ching berkata, sorakan dan sokongan padu daripada pengundi ketika proses penamaan calon semalam menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

“Hari ini, saya akan bawa semangat ini untuk bertemu pengundi di akar umbi,” katanya menerusi coretan ringkas di laman social Facebook.

Pada PRN17, Vivian yang pertama kali bertanding untuk kerusi DUN dicabar Calvin Chong dari WARISAN yang juga penyandang kerusi itu, selain Jeffrey Chung dari Parti Impian Sabah (PIS) dan Muhammad Firdaus@ Silvester Abdullah dari Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, pencabarnya juga adalah Liau Fui Fui dari Parti Kesejahteraan Demoktratik Sabah (KDM) dan Wong Hon Kong dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Bagi DUN Tanjung Papat, Szu Ching berdepan pertandingan lapan penjuru bakal berentap dengan bekas Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung yang kini mewakili KDM.

Enam lagi ialah Mohd Yunus Apil dari parti Perjuangan Rakyat (PR), Sohaimi Ramli dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Janudin Berahim dari PIS, Henley Liew dari Parti Maju Sabah (SAPP), Koa Wei Yang dari PN dan Alex Thien dari WARISAN.

LEAVE A RESPONSE