KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan seorang remaja Bajau Laut tanpa kewarganegaraan diikat jamin selepas berjaya mengemukakan dokumen yang membuktikan beliau dilahirkan di Sabah.
Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan terhadap Mohd Nico Ansboy, 18, yang kini menuntut di sebuah pusat pembelajaran alternatif kendalian NGO.
Pada 2 April lalu, Nico mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasuki Sabah tanpa pas yang sah.
Nico didakwa tidak memiliki suatu pas yang sah di sisi undang-undang untuk memasuki Sabah semasa ditahan pada 15 Mac, jam 3 petang di kawasan One Borneo Mall, dekat sini.
Nico, yang penahanannya sebelum ini mendapat perhatian di media sosial berhubung isu tanpa kewarganegaraan di Sabah, telah dibebaskan dengan jaminan polis sebelum didakwa di mahkamah.
BERITA LANJUT MENYUSUL…






