Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

DBKK terima pengiktirafan Smart City Early Adopter 2025

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima pengiktirafan Smart City Early Adopter 2025 bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, di di sini pada Selasa.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, 

DBKK merupakan salah satu daripada 27 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia yang telah menerima pengiktirafan di bawah Anugerah Penarafan Smart City Malaysia 2025.

Anugerah ini diterima Ketua Pengarah DBKK Datuk Sr. Lifred Wong yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu. 

Pengiktirafan ini diberi atas dasar komitmen dan usaha berterusan dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar yang menyokong pembangunan mampan, kecekapan perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti bandar raya.

Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih DBKK dalam menjayakan agenda pembangunan bandar pintar serta peranan aktif DBKK sebagai peneraju inisiatif bandar pintar di Bandaraya Kota Kinabalu.

LEAVE A RESPONSE