Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

DBKK buka permohonan lot Bazar Ramadan 2026, penjaja wajib ada suntikan tifoid

Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempelawa warganegara Malaysia khususnya yang berminat untuk mengemukakan permohonan lot penjaja bagi Bazar Ramadan 2026 di dua lokasi di bandar raya Kota Kinabalu.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, dua lokasi Bazar Ramadan yang dibuka adalah  Lintasan Deasoka dan Tanjung Aru.

Menurut DBKK, permohonan dibuat selama dua hari bermula Khamis melalui aplikasi GoNet.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi GoNet bermula jam 12 tengah hari pada 12 Februari hingga 13 Februari 2026. 

” Setiap pemohon hanya layak memohon satu lot gerai sahaja.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pelesenan DBKK di talian 011-2519 8664,” menurut kenyataan itu di sini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, semua penjaja dan peniaga makanan diwajibkan memiliki suntikan tifoid sebagai syarat utama sebelum dibenarkan menjalankan perniagaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan awal bagi memastikan aspek kesihatan penjaja sentiasa terjamin, terutama melibatkan pemohon yang menjual makanan dan minuman kepada orang ramai.

“Dari segi kesihatan, kita akan membuat semakan sama ada penjaja ini telah menerima suntikan tifoid atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan secara berterusan akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat kebersihan yang ditetapkan.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi piawaian kebersihan, termasuk menjual makanan yang tidak terjaga, basi atau tidak selamat untuk dimakan.

Selain itu katanya, pemantauan turut melibatkan aspek harga bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan dengan menjual makanan pada harga yang terlalu tinggi. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE