Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Curi rim kereta ibu, anak dipenjara 12 bulan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan kerana mencuri rim kereta milik ibunya.

Tertuduh, Joenathan Junior Jackson, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Joenathan melakukan kesalahan itu pada 22 Oktober lalu, kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kionsom, Inanam.

Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun, serta boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan bahawa pengadu menyedari tiga rim kereta miliknya telah hilang sebelum meminta jirannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran berkenaan.

Hasil semakan rakaman tersebut, kelihatan anak keduanya, Joenathan, mengambil rim berkenaan.

Pengadu kemudian meminta tertuduh memulangkan semula rim tersebut namun tertuduh enggan memberi kerjasama.

Pengadu membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu untuk tindakan lanjut.

Bertindak atas maklumat tersebut, pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menangkap tertuduh pada 23 Oktober.

Semasa rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Carmen Khoo, yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan kerana tertuduh menyesali perbuatannya, selain mempunyai tanggungan.

Carmen berkata tertuduh mempunyai dua anak yang masih kecil dan isterinya kini mengandung anak ketiga.

Pihak pendakwaan pula memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

LEAVE A RESPONSE