Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Chan Loong Wei antara pelaksana utama projek pembangunan Luyang dalam penggal lalu – Phoong

Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Chan Loong Wei, disifatkan sebagai pelaksana utama banyak projek pembangunan di kawasan itu sejak enam tahun lalu.

Penegasan itu dibuat oleh Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, pada majlis pelancaran Bilik Operasi Pakatan Harapan Sabah untuk DUN Luyang di Foh Sang, pada Sabtu.

Phoong berkata, Chan bukan sekadar pembantu, sebaliknya individu yang menggerakkan pelbagai pembangunan penting di Luyang, termasuk projek tebatan banjir Lido, pembinaan parkir bertingkat Foh Sang, penganjuran pasar malam Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan, serta program “Light Up Luyang”.

Katanya, kesinambungan pembangunan yang telah bermula tidak boleh terhenti dan Chan adalah orang muda yang paling layak meneruskan tanggungjawab tersebut.

Menurut Phoong, perjalanan politik Chan bermula ketika berusia 19 tahun sebagai pelatih di pejabatnya, melakukan tugas asas seperti mengangkat kerusi, memasang poster, turun padang dan mengurus aduan masyarakat.

Pengalaman itu, jelasnya, menjadi asas kukuh kepada Chan dalam memahami keperluan serta masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Pada pelancaran Bilik Operasi PH Luyang oleh Chan pada Sabtu menerima sambutan luar biasa walaupun hujan, apabila ratusan penduduk hadir memenuhi kawasan Foh Sang bagi menunjukkan sokongan semakin kukuh terhadap calon muda itu dan pasukan Harapan.

Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bersama Phoong. Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri MITI Liew Chin Tong, Ketua Kebangsaan DAPSY Howard Lee, serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau.

Dalam ucapan Anthony, beliau menjelaskan bahawa meskipun Chan masih muda, beliau bukan pendatang baru dalam dunia politik.

Chan bermula sebagai pembantu pusat khidmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Luyang, kemudian berkhidmat sebagai setiausaha politik menteri.

Pengalaman beliau lebih luas daripada ramai calon yang lebih berusia. Beliau faham denyut nadi rakyat, tahu selesaikan masalah, dan tidak takut bekerja keras.

LEAVE A RESPONSE