Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Bot pam disyaki seludup petrol dirampas di perairan Damaran

Read Time:1 Minute, 2 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sebuah bot pam yang disyaki membawa kira-kira 2,000 liter petrol tanpa kelulusan sah di perairan Damaran, Pulau Banggi, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, rampasan itu hasil maklumat risikan sebelum sepasukan bot peronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, sebaik pasukan penguat kuasa tiba, bot berkenaan didapati ditinggalkan tanpa pengendali dipercayai telah melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu membawa beberapa tong drum berwarna biru yang mengandungi petrol tanpa sebarang dokumen kebenaran, dengan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM5,000,” katanya.

Beliau berkata, bot serta muatan bahan api berkenaan telah dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki membawa dan menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyeludupan dan akan terus memperketat kawalan serta pemantauan di perairan ini bagi mengekang pelanggaran undang-undang maritim.

” Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya. 

LEAVE A RESPONSE