KOTA KINABALU: Sejumlah 640 kenderaan dan peserta dari 14 negara telah menyertai Borneo Safari edisi ke-33.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, China telah menyertai acara itu buat julung kalinya.
Katanya, menjadi satu perkembangan yang memberangsangkan apabila negeri-negeri lain menunjukkan minat untuk memahami bagaimana Sabah memanfaatkan bentuk muka bumi semula jadi dan kerjasama komuniti dalam membangunkan produk pelancongan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Pengalaman Sabah membuktikan bahawa pelancongan pengembaraan boleh menjadi pemacu utama aktiviti ekonomi luar bandar, sambil memperkukuh identiti kita sebagai destinasi pilihan bagi pencinta alam sekitar dan aktiviti luar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melepaskan para peserta acara itu di sini, pada Ahad
Joniston berkata, perkongsian ilmu diantara negeri boleh membantu membina industri pelancongan yang lebih kukuh di seluruh Malaysia.






