Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Belanjawan 2026: Tumpuan Khas Isu Jalan Raya, Air dan Elektrik Tahun Depan – Hajiji – Sabah News

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan khusus terhadap penyelesaian isu jalan raya, bekalan air dan elektrik di Sabah pada tahun hadapan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, ketiga-tiga isu berkenaan merupakan keutamaan kerajaan dalam memastikan pembangunan yang lebih seimbang serta peningkatan kualiti hidup rakyat.

“Isu-isu ini merupakan keutamaan Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2026 di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurut Hajiji, Belanjawan Negeri 2026 meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh.

“Kita akan meneruskan program-program bagi meningkatkan kesejahteraan golongan kurang bernasib baik, selain pembangunan pendidikan dan modal insan pada tahun depan,” katanya.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, merupakan belanjawan lebihan dengan perbelanjaan berjumlah RM6.402 bilion, berbanding anggaran hasil RM6.430 bilion.

Bagi mendepani isu infrastruktur kritikal, Kementerian Kerja Raya dan Utiliti yang bertanggungjawab terhadap jalan raya, bekalan air dan elektrik diperuntukkan RM1.122 bilion bagi pelaksanaan pembangunan pada tahun hadapan.

LEAVE A RESPONSE