Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bekalan beras di Labuan mencukupi, KPDN nasihat elak pembelian panik


Read Time:1 Minute, 8 Second

LABUAN : Bekalan barang kawalan termasuk beras di peringkat pemborong di Wilayah Persekutuan Labuan adalah mencukupi dan stabil bagi menampung keperluan pengguna setempat.

KPDN Labuan dalam satu hantara di Facebook memaklumkan, kekurangan bekalan barang keperluan di peringkat runcit adalah berpunca daripada peningkatan permintaan mendadak susulan pembelian panik pengguna.

“Penularan maklumat tidak tepat di media sosial telah mendorong pengguna membuat pembelian secara berlebihan, sekali gus menjejaskan bekalan sementara di rak jualan pasar raya,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Menurut KPDN Labuan, jadual penghantaran bekalan beras dari Sabah berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Walaupun pengawalseliaan bekalan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Terdahulu, Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain bersama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Amiluddin Malang serta pasukan penguat kuasa telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di beberapa pemborong utama dan pasar raya sekitar Labuan.

Pemantauan itu adalah bagi memastikan tiada unsur pencatutan harga yang boleh membebankan pengguna.

Sehubungan itu, KPDN menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik dan sebaliknya mengamalkan pembelian secara berhemah bagi memastikan kestabilan bekalan di pasaran.

Pengguna yang mempunyai aduan berkaitan bekalan beras boleh menghubungi KPKM atau pejabat kawal selia padi dan beras di negeri masing-masing.

Sementara itu, sebarang aduan berkaitan kenaikan harga tidak munasabah atau aktiviti pencatutan boleh disalurkan kepada KPDN melalui saluran rasmi untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

LEAVE A RESPONSE