Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Beberapa jalan utama ditutup berperingkat sempena KK City Borneo Half Marathon

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara secara berperingkat bermula hari ini hingga Ahad Februari ini sempena penganjuran KK City Borneo Half Marathon 5th Edition, bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan dan pengurusan tempat letak kereta itu dilaksanakan bagi memberi laluan kepada persiapan serta kelancaran acara larian berkenaan.

Menurut DBKK, tempat letak kereta di Padang Merdeka Kota Kinabalu akan ditutup bermula jam 1 pagi pada Jumaat (6 Februari) hingga jam 9 pagi, Ahad (8 Februari) bagi tujuan persiapan dan penganjuran acara.

Sementara itu, pada Ahad, 8 Februari, beberapa laluan utama sekitar bandaraya akan terjejas bermula seawal jam 4 pagi hingga jam 8 pagi, termasuk Jalan Dewan, Lorong Dewan dan Jalan Padang yang akan ditutup sepenuhnya.

Selain itu, penutupan separa melibatkan satu lorong akan dilaksanakan secara berperingkat di beberapa jalan utama antaranya Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Mat Salleh, Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Coastal, Jalan Tun Razak, Jalan Haji Saman serta Jalan KK Bypass mengikut masa yang ditetapkan.

DBKK menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota penguat kuasa di lapangan serta menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang tempoh acara.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi menjayakan penganjuran acara sukan berprestij itu yang turut mempromosikan gaya hidup sihat serta imej positif Bandaraya Kota Kinabalu.

LEAVE A RESPONSE