Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Beberapa daerah di Sabah dijangka dilanda ribut petir dan angin kencang – MetMalaysia

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 12 tengah hari pada Jumaat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas di Sabah adalah Pedalaman melibatkan Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut dilaporkan terjejas adalah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh melebihi sejam.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui laman rasmi serta saluran media sosial MetMalaysia. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE