Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Beaufort diisytiharkan kawasan bencana banjir, satu PPK diaktifkan

KOTA KINABALU : Daerah Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 5 petang tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Nazri berkata, sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) turut diaktifkan pada waktu sama iaitu di PPK Selagon

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort adalah dengan ini saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan.

“Ini selepas pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE