Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Banjir Sabah : Beaufort terus catat peningkatan jumlah mangsa

KOTA KINABALU : Beaufort terus mencatatkan jumlah mangsa terjejas banjir apabila seramai 606 orang melibatkan 203 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu adalah sebahagian dari 1,429 mangsa melibatkan 514 keluarga keseluruhan termasuk di daerah Kota Belud dan Tenom. 

Di Beaufort, antara PPS yang diaktifkan adalah di Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon; Dewan Residensi PR1MA Woodford Estate; Masjid Darul Ikhlas Kampung Batandok Lubak dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit. 

Manakala di Kota Belud, hanya satu PPS masih diaktifkan iaitu di Dean Masyarakat Tun Said yang menempatkan seramai 260 orang mangsa melibatkan 91 keluarga. 

Sementara di Tenom, sebanyak lima PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 563 mangsa melibatkan 210 keluarga. 

Antara PPS yang diaktifkan di Tenom adalah di Dewan Terbuka Labut 2;  Rumah Kebudayaan Kg Ponontomon; Rumah Kebudayaan Mandalom Lama;  Rumah Kebudayaan Pantongan Saga dan Sekolah Kebangsaan Saga. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE