Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Banjir Sabah: 495 mangsa dipindahkan di dua daerah

KOTA KINABALU : Banjir di Sabah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa apabila seramai 495 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di dua daerah di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah yang direkodkan setakat jam 8 pagi tadi itu melibatkan 159 keluarga di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Di Beaufort, seramai 315 mangsa terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon melibatkan 113 keluarga.

Manakala di Kota Kinabalu, seramai 180 orang mangsa yang terjejas dilaporkan dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau melibatkan 46 keluarga.

Pada Sabtu, Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan kenaikan paras air sungai yang bahaya.

Pengisytiharan itu dibuat Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu pada jam 9 malam. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE