Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Banjir Sabah: 4 Starlink diserah, pulihkan komunikasi di Paitan

PAITAN: Empat unit satelit Starlink diserahkan segera bagi memulihkan komunikasi kritikal di kawasan terjejas banjir sekali gus mempercepat penyaluran bantuan kepada mangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, menyerahkan kemudahan tersebut kepada Pegawai Daerah Paitan, Joloning Joe Majambu untuk penempatan di lokasi yang dikenal pasti terputus rangkaian.

Beliau berkata kemudahan itu disediakan oleh oleh SabahNet Sdn Bhd (SabahNet), agensi di bawah kementeriannya, sebagai langkah respons kecemasan bagi memastikan saluran komunikasi kekal berfungsi ketika operasi bantuan dan pemulihan dijalankan.

“Inisiatif ini bertujuan memudahkan penyelarasan bantuan, penyampaian maklumat serta menyokong operasi pengurusan bencana dan pemulihan pasca banjir,” katanya.

James berharap kemudahan ini dapat mempercepatkan proses pemulihan dan memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat yang terjejas terus diberi perhatian.

LEAVE A RESPONSE