Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Anna Bell turun padang santuni masyarakat di Sungai Sibuga

SANDAKAN : Senator Datuk Anna Bell Perian baru-baru ini mengadakan lawatan akar umbi ke kawasan Sungai Sibuga di sini, bagi mengukuhkan hubungan dengan penduduk setempat.

Lawatan tersebut diadakan bersama rombongan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sungai Sibuga, yang diketuai oleh beliau sendiri.

Dalam kapasitinya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga dan Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Pusat, Anna Bell berkesempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk.

Beliau turut menyantuni masyarakat sepanjang lawatannya, mendengar sendiri permasalahan serta aspirasi yang dihadapi oleh mereka.

Menurut Anna Bell, program turun padang seumpama ini merupakan inisiatif berterusan untuk memastikan kepimpinan parti sentiasa dekat dengan rakyat.

“Program sebegini penting bagi kami untuk memahami keperluan akar umbi dengan lebih dekat lagi. Ia juga merupakan platform terbaik untuk menyampaikan maklumat dan inisiatif-inisiatif kerajaan kepada masyarakat,” kata Anna Bell.

Lawatan itu diharap dapat mengukuhkan lagi sokongan akar umbi terhadap parti serta memantapkan peranan wanita dalam pembangunan komuniti setempat.

LEAVE A RESPONSE