Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Ancaman pelantar minyak jadi fokus perbincangan APMM, PETRONAS

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Pencerobohan dan jenayah di sekitar pelantar minyak menjadi fokus utama perbincangan antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Malaysia Petroleum Management (PETRONAS) baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali menegaskan, Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan bagi mengekang ancaman jenayah di kawasan tersebut.

“Kawasan pelantar minyak adalah aset strategik negara yang tidak boleh dikompromi.

“Sebarang pencerobohan atau jenayah perlu ditangani secara pantas melalui rondaan, risikan dan pemantauan bersepadu,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan kunjungan hormat delegasi PETRONAS yang diketuai Pengurus Besar MPM Health, Safety, Security and Environment Standard (HSSE), Mohamed Mursyidie Mohamed Ali di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan pada 16 Mac lalu.

Pertemuan itu memfokuskan kepada isu keselamatan pelantar minyak yang berdepan risiko pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk ancaman kecurian dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Cabaran di perairan Sabah memerlukan pendekatan lebih tersusun melibatkan rondaan berterusan, keupayaan respons pantas serta pertukaran maklumat risikan secara masa nyata antara agensi dan pemain industri,” jelas beliau lagi.

Dalam masa sama, kedua-dua pihak turut meneliti penggunaan teknologi pemantauan yang lebih efektif bagi mempertingkatkan pengesanan awal sebarang ancaman di kawasan pelantar minyak.

Khairulanuar turut berkata, kerjasama itu bukan sahaja memberi fokus kepada aspek keselamatan, malah memastikan kelangsungan operasi industri minyak dan gas yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara.

Kunjungan berkenaan dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh jaringan keselamatan maritim, sekali gus memastikan perairan Sabah kekal terkawal dan bebas daripada ancaman jenayah.

LEAVE A RESPONSE