Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Amirshah seru pengundi Sungai Sibuga utamakan wakil rakyat prihatin, berkhidmat kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, menekankan kepentingan memilih wakil rakyat yang prihatin dan komited untuk berkhidmat dengan berkesan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam muhibbah bersama pemimpin tempatan dan wakil komuniti Cina di sebuah restoran di Bandar Fajar Perdana di sini, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Robert Chong Thien Ming, Pengerusi Bahagian LDP Sungai Sibuga, Lam Jin Dak, beberapa Ketua Masyarakat Cina (Kapitan) serta wakil komuniti Cina yang lain.

“Kawasan Batu 7 di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga didiami kira-kira 75,000 penduduk di lebih daripada 8,000 buah rumah. Sejak lima tahun lalu, saya aktif berkhidmat kepada penduduk dan berikrar untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Amirshah turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyatakan hasrat untuk menganjurkan lebih banyak pertemuan sedemikian bagi memupuk hubungan komuniti yang lebih kukuh.

Sementara itu, Robert Chong dalam ucapannya menyeru komuniti Cina agar terus menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

“Perpaduan dan kerjasama erat antara komuniti dan pengundi tempatan adalah penting untuk kemajuan yang mampan,” tegasnya.

Majlis itu berakhir dalam suasana muhibbah, menyerlahkan komitmen GRS dalam memperkukuh jalinan dengan semua lapisan masyarakat di Sungai Sibuga.

LEAVE A RESPONSE