Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Agihan 1,500 BIS perkukuh muafakat, santuni petugas barisan hadapan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,500 Bingkisan Ihsan Sahur (BIS) diagihkan di 14 lokasi termasuk hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dalam usaha menyemarakkan penghujung Ramadan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, program berkenaan merupakan inisiatif bersama pelbagai agensi bagi mengeratkan kerjasama serta menyemai semangat muafakat dan mahabah.

Beliau berkata, antara agensi terlibat ternasuklah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) serta agensi di bawah kementeriannya.

“Tujuan program ini adalah untuk kita bersama-sama menyemarakkan sahur di penghujung Ramadan, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi dan organisasi yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program agihan BIS yang bermula di Masjid Negeri di sini awal pagi pada Rabu.

Arifin yang juga Exco Agama Sabah berkata, sebanyak tiga pasukan digerakkan bagi melaksanakan agihan di semua lokasi yang dikenal pasti.

Beliau berkata, program berskala besar itu merupakan kali pertama diadakan selepas sebelum ini diadakan ziarah sahur di Pulau Gaya.

“Diharapkan usaha ini membawa keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia serta mengeratkan hubungan antara semua pihak,” katanya.

Terdahulu, antara lokasi pengagihan BIS adalah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS); BBP Lintas; Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE