Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

AGC Failkan Rayuan Sebahagian Keputusan Mahkamah Tinggi Berhubung Tuntutan Hasil Sabah

PUTRAJAYA -Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan wujud kekhilafan dalam alasan penghakiman namun mengekalkan pendirian untuk tidak merayu berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah.

AGC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa notis rayuan telah difailkan semalam terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bertarikh 17 Oktober lalu.

Menurut kenyataan itu, antara perkara yang dipersoalkan ialah dapatan penghakiman yang menyatakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajipan Perlembagaan.

“Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil dan akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh daripada Sabah, selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS). Hakim Datuk Celestina Stuel Galid turut mengarahkan semakan kadar pemberian khas dilakukan dalam tempoh 90 hari serta persetujuan pembayaran dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

LEAVE A RESPONSE