Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Adun GRS Teguh Sokong Hajiji

KOTA KINABALU: Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal teguh menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, meskipun dengan penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan negeri, menurut salah seorang wakil rakyat gabungan itu.

Perkembangan ini muncul susulan penularan sekeping gambar menunjukkan beberapa Adun berbincang di kafe sebuah hotel, manakala beberapa yang lain secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial.

Memetik laporan media ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Adun Klias Isnin Aliasnih yang turut dilihat dalam gambar tersebar itu berkata semua perkara boleh dibincangkan.

“Kami teguh sokong ketua menteri, malah (Adun) bebas pun bersama kami,” katanya, seperti yang dilaporkan The Star.

“Tiada sebarang langkah sedang diatur. Cuma ada perbincangan tentang BN jadi sebahagian kerajaan negeri, tetapi itu perkara kecil yang boleh diselesaikan. Semuanya masih terkawal.”

Petang tadi, Jemaah Menteri Sabah yang dianggotai GRS, Upko, Pakatan Harapan dan BN mengangkat sumpah hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I Dr Joachim Gunsalam ketika sidang medianya turut mengesahkan BN dan PH secara rasmi bersama GRS bagi membentuk kerajaan negeri – Sabah Media

LEAVE A RESPONSE