Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Guru tuisyen diarah bela diri atas tuduhan amang seksual murid

KOTA KINABALU: Seorang guru tuisyen sambilan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun.

Hakim Hurman Hussain membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Rhurstern Chin, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan telah memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

Perbicaraan bagi pihak pembelaan dijadualkan bermula petang ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah pusat tuisyen di Luyang, antara jam 3 petang hingga 6 petang pada Ogos 2024.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis, manakala tertuduh diwakili peguam Zul Hamri.

LEAVE A RESPONSE