Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pakar kekal pada kesimpulan kematian Zara konsisten dengan akhiri nyawa sendiri

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Pakar Perunding Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung kekal dengan kesimpulannya bahawa cara kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir paling konsisten dengan mengakhiri nyawa sendiri (suicide).

Bagaimanapun, saksi yang dipanggil semula itu menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai cara kematian Zara adalah terpulang kepada Mahkamah Koroner.

“Saya kekal dengan kesimpulan saya bahawa cara kematian si mati paling konsisten dengan bunuh diri.

“Dengan rendah hati, saya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan cara kematian yang muktamad dan pandangan saya kekal sebagai pendapat pakar berdasarkan imbangan kebarangkalian,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh pegawai pengendali Nahra Dollah.

Dr Chua dipanggil semula memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan selepas Pakar Perunding Psikiatri Dr Simon Wong, saksi pakar yang dipanggil pasukan guaman ibu Zara, selesai memberi keterangan.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

LEAVE A RESPONSE