Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tindakan susulan sedang diambil terhadap dakwaan salah laku pengarah hospital – JKNS

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius dakwaan berhubung salah laku membabitkan seorang pengarah hospital di negeri ini, yang dikaitkan dengan perbuatan serangan seksual dan buli di tempat kerja.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah pun selesai dijalankan oleh jawatankuasa khas yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyiasat perkara tersebut.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan berkenaan telah diperolehi dan syor-syor tindakan susulan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta perundangan semasa yang berkuat kuasa.

“JKNS tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, khususnya perbuatan serangan seksual, gangguan dan buli di tempat kerja.

“Sebarang perlakuan sedemikian adalah bertentangan dengan nilai integriti serta etika perkhidmatan awam, di samping memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja kesihatan,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

JKNS kekal komited untuk memastikan setiap warga kerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, saling menghormati dan kondusif.

Sehubungan itu, JKNS akan terus memperkukuh usaha bagi memelihara integriti organisasi serta kebajikan warga kerjanya.

JKNS menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan ruang diberikan kepada proses pentadbiran yang sedang dilaksanakan agar dapat disempurnakan secara teratur, adil dan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

LEAVE A RESPONSE