Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sabah MotoDay 9.0 ditunda ke 12, 13 September

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Penganjuran Sabah MotoDay 9.0 Tahun 2026 ditunda seminggu kepada 12 dan 13 September ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat sukan dua roda menghadiri program tahunan berkenaan.

Pengerusi Skuad Antidadah Sabah, Datuk Mazlan @ Joehari Manan, berkata perubahan itu dibuat selepas pihak penganjur menerima banyak cadangan daripada peserta dan komuniti motosikal agar tarikh program diselaraskan bagi meningkatkan penyertaan.

Menurutnya, sebelum ini Sabah MotoDay 9.0 dijadual berlangsung pada 5 dan 6 September, namun dipinda ke tarikh baharu 12, 13 September ini bertempat di kawasan parkir Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

“Majlis perasmian dijadual disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Ahad, 13 September,” katanya dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Kelab Dua Roda Bersatu Sabah merangkap Ketua Skuad Dua Roda Antidadah Sabah, Rudhi Haryanto Ghazali.

Beliau berkata, Sabah MotoDay 9.0 masih mengekalkan konsep penganjuran sebelum ini dengan pelbagai pengisian termasuk ceramah keselamatan dan peraturan jalan raya, perkongsian bersama klien, program kerohanian, khidmat masyarakat serta aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Katanya, program itu turut menjadi platform menyampaikan mesej antidadah kepada masyarakat, khususnya dalam kalangan peminat sukan dua roda di Sabah.

“Sempena penganjuran kali ini, Majlis Penutupan Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah bersama Skuad Dua Roda Antidadah Sabah juga akan diadakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua peminat sukan dua roda hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Sabah MotoDay 9.0 serta memanfaatkan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pada masa sama, semua peserta dan pengunjung diingatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan keselamatan ketika menunggang atau memandu bagi memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang turut membawa mesej kesedaran antidadah, keselamatan jalan raya dan amalan gaya hidup sihat.

LEAVE A RESPONSE