Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Akibat berjudi, dua wanita didenda

KOTA KINABALU: Dua wanita didenda oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dalam kegiatan perjudian.

Nurizanney Parine dan Norlin Kamis masing-masing membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Nurizanney didenda RM1,600 manakala Norlin didenda RM1,400. Mereka juga masing-masing berdepan penjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Nurizanney mengaku membeli dua tiket loteri haram jenis “Hwa Hui” di Inanam Taipan pada 1 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM73 yang dirampas daripadanya dilucuthakkan kepada kerajaan.

Norlin pula mengaku bersalah berjudi secara dalam talian di kawasan tangga sebuah blok di Taman Suria pada jam 5 petang, 30 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM20 yang dirampas daripadanya dilucuthakkan kepada kerajaan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Dzulfamie Amrin.

LEAVE A RESPONSE