Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ketenangan Hajiji cerminan kepimpinan berjiwa rakyat – Yazid

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Ketenangan yang terpancar pada wajah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bukan sekadar refleksi peribadi seorang pemimpin, tetapi lambang kekuatan serta kebijaksanaan seorang pejuang politik yang sentiasa mengutamakan rakyat melebihi kepentingan lain.

Dalam setiap langkah dan keputusan pentadbiran beliau, terserlah nilai sabar, bijaksana dan ikhlas tiga prinsip yang menjadi nadi kepada kestabilan politik Sabah sejak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) GRS Keningau Station, Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik Mansai @ Charles, berkata Hajiji bukan berpolitik untuk kepentingan diri, sebaliknya berjuang demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun daerah.

“Di bawah kepimpinan beliau, GRS terus menjadi wadah penyatuan pelbagai kaum di Sabah, sekali gus mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap politik berasaskan kestabilan dan perpaduan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan Hajiji yang tenang namun tegas dalam menangani cabaran politik negeri menjadikan GRS kekal relevan dan dihormati di peringkat nasional.

“Dalam landskap politik yang sering diuji dengan perpecahan dan percaturan kuasa, ketenangan beliau menjadi benteng yang menenangkan gelora. Ini membuktikan bahawa perjuangan sejati tidak diukur pada lantangnya suara, tetapi pada keikhlasan untuk berkhidmat,” katanya.

Tambahnya, Hajiji bukan sekadar pemimpin politik, tetapi pejuang rakyat Sabah yang memimpin dengan hati dan berpijak pada realiti kehidupan rakyat.

“Keteguhan dan kesederhanaannya menjadikan beliau simbol harapan bahawa Sabah mampu terus maju tanpa mengorbankan maruah serta keutuhan perpaduan,” ujar Yazid.

Dalam setiap senyum dan tutur kata Hajiji, katanya, tersirat mesej jelas bahawa perjuangan untuk Sabah tidak perlu riuh cukup dengan keikhlasan dan tindakan yang nyata.

LEAVE A RESPONSE