Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Program `Suri Prihatin, Komuniti Selamat’ AMANITA IPD Tawau pikat penduduk PPR cegah jenayah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 8 Taman Sri Apas menjadi lokasi pertama pelaksanaan Program “Suri Prihatin, Komuniti Selamat” anjuran Pasukan AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Program yang diadakan dengan kerjasama komuniti setempat itu menampilkan dua slot ceramah iaitu “Peranan dan Fungsi AMANITA” yang disampaikan oleh Inspektor Siti Zaidah Mustapaha, serta “Pencegahan Jenayah dan Perlindungan Diri dari Sudut Perundangan” oleh Inspektor Aslinah Asikin.

Selain sesi ceramah, pegawai-pegawai AMANITA turut beramah mesra dengan penduduk serta membuka ruang pameran yang memberi penerangan tentang fungsi dan peranan wanita dalam membantu menjaga keselamatan di kawasan masing-masing.

Sebagai simbolik pelancaran program, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau merangkap Ketua AMANITA Tawau, ASP Zam Zarina menyerahkan kod QR ‘Jom Daftar Rakan AMANITA’ kepada Setiausaha KRT Persatuan Penduduk PPR Batu 8 Taman Sri Apas. Estientikustiana Ola,

Beliau berkata, AMANITA bukan sekadar platform penyampaian maklumat keselamatan, tetapi juga wadah untuk memperkasa wanita agar lebih peka terhadap persekitaran dan berani bertindak menyalurkan maklumat sekiranya berlaku kejadian mencurigakan.

“Kami amat menghargai sambutan yang diberikan oleh penduduk. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan bagi membentuk komuniti yang lebih prihatin, selamat dan bersatu padu,” tambahnya.

Program yang berlangsung dengan suasana mesra dan penuh semangat itu berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama antara polis dan masyarakat, khususnya dalam kalangan wanita di kawasan perumahan awam.

LEAVE A RESPONSE