Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Jadikan sektor pelancongan pemacu ekonomi baharu di Sandakan – Robert Chong

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Naib Presiden Liberal Democratic Party (LDP) yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, Robert Chong Thien Ming, menggesa agar sektor pelancongan dijadikan pemacu ekonomi baharu bagi Sandakan.

Menurutnya, sektor pelancongan merupakan sektor paling berdaya maju untuk mempelbagaikan ekonomi daerah itu yang kini bergantung kepada perladangan.

Robert yang juga pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melahirkan rasa kecewa kerana potensi pelancongan Sandakan dilihat masih tidak berkembang walaupun pelbagai gesaan telah dibuat sebelum ini.

“Kebergantungan kita kepada sektor perladangan ada hadnya. Sudah tiba masanya pelancongan diletakkan sebagai teras strategi ekonomi Sandakan,” katanya.

Rorbert berkata, Sandakan mempunyai kelebihan tersendiri dengan kekayaan alam semula jadi, hidupan liar dan warisan sejarah yang unik. Tambahan pula, sambungan landasan Lapangan Terbang Sandakan yang membolehkan pesawat bersaiz lebih besar mendarat harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya lebih banyak penerbangan terus domestik dan antarabangsa dibawa masuk bagi memanfaatkan kemajuan tersebut.

Beliau turut mengakui usaha positif Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Ahli Parlimen Sandakan dalam menarik pelaburan, namun mempersoalkan sikap berdiam diri dan kurangnya inisiatif daripada Menteri Pelancongan negeri.

“Pelancongan di Sandakan wajar diberi perhatian yang sama oleh kerajaan Persekutuan dan negeri. Ini soal keadilan dan tanggungjawab bersama,” tegasnya.

Tambah beliau, Sandakan mempunyai segalanya termasuk alam semula jadi, budaya dan sejarah.

“Apa yang kita perlukan kini ialah kepimpinan serta komitmen untuk menjadikannya destinasi pelancongan sebenar,” katanya.

LEAVE A RESPONSE