Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Filem ‘Konspirasi’: Saya sangat sedih, kecewa – Albert Tei – Sabah News

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan kontroversi, Datuk Albert Tei mempersoalkan keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi selepas hanya tujuh hari ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Beliau berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan memandangkan filem berkenaan sebelum ini dipromosikan sebagai karya yang mampu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sangat sedih dan kecewa kerana tidak sempat menonton filem Konspirasi yang mula ditayangkan pada 21 Mei lalu dan dihentikan tayangan secara serta-merta pada 28 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Albert berkata, sehingga kini beliau tidak melihat sebarang penjelasan yang jelas daripada pihak penerbit mahupun agensi berkaitan mengenai sebab tayangan filem itu dihentikan.

Beliau turut merujuk kepada kehadiran bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pada tayangan perdana filem berkenaan di Putrajaya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, Azam ketika itu dilaporkan menyatakan keyakinan bahawa filem tersebut mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap peranan SPRM serta memberi gambaran lebih dekat mengenai cabaran dan tanggungjawab yang dipikul pegawai suruhanjaya itu.

“Jika apa yang dikatakan itu benar, mengapa filem ini ditamatkan tayangan selepas hanya tujuh hari?” katanya.

Albert berpendapat, penerbitan filem itu dilihat sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan SPRM, namun penghentian tayangannya telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga kini, tiada penjelasan yang jelas daripada penerbit filem itu mahupun agensi kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat penerbit filem berkenaan, Elepfilm Entertainment, pada Ahad tampil menjelaskan bahawa keputusan menghentikan tayangan Konspirasi dibuat secara dalaman selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan berdasarkan situasi semasa.

Pihak penerbit turut menegaskan keputusan itu bukan didorong oleh sebarang pengaruh luar, tujuan publisiti atau strategi pemasaran.

Penerbit bagaimanapun memaklumkan tayangan Konspirasi di Singapura dan beberapa negara lain diteruskan seperti biasa.

LEAVE A RESPONSE