Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kejohanan Bola Keranjang MSSS Sabah platform lahirkan atlet bertaraf tinggi


Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Penganjuran Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2026 terus menjadi platform penting dalam mencungkil dan melahirkan atlet muda berbakat yang berpotensi mengharumkan nama Sabah di peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti Sekolah Sabah (PIBKS), Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, Sabah memiliki ramai atlet muda berpotensi besar dalam sukan bola keranjang sekiranya diberi bimbingan dan sokongan berterusan.

Beliau berkata, kejohanan berkenaan bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi ruang pembangunan bakat, pembentukan disiplin serta pemupukan nilai kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

“Sabah sememangnya mempunyai ramai atlet yang berpotensi besar dan saya percaya dengan sokongan guru, jurulatih serta ibu bapa, kita mampu melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan kejohanan itu di Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin di sini.

Arif berkata, para pemain turut digalakkan agar terus berlatih dengan disiplin dan fokus bagi mencapai impian untuk bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau turut mengingatkan para atlet supaya menjadikan setiap cabaran sebagai peluang memperbaiki diri serta tidak mudah berputus asa dalam mengejar kejayaan.

“Kejayaan besar bermula daripada usaha kecil yang dilakukan secara konsisten,” katanya.

Sementara itu, Arif turut menekankan bahawa sukan bola keranjang mampu membentuk nilai keyakinan, komunikasi dan kepercayaan sesama rakan sepasukan yang penting bukan sahaja di gelanggang, malah dalam kehidupan seharian.

Pada masa sama, penghargaan turut diberikan kepada Majlis Permuafakatan Guru-Guru Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Kota Kinabalu atas kejayaan menganjurkan kejohanan tersebut dengan lancar dan cemerlang.

Kejohanan itu disifatkan sebagai antara medium terbaik dalam pembangunan sukan sekolah di Sabah selain memperkukuhkan semangat perpaduan dan persahabatan dalam kalangan pelajar dari seluruh negeri.

LEAVE A RESPONSE