Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kes ganggu pelajar perempuan: Buruh kasar dipenjara 12 bulan, didenda RM5,000


Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh J Evachel John

PAPAR: Seorang lelaki dalam insiden tular mengganggu pelajar perempuan di Kinarut awal bulan ini dipenjara 12 bulan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Zuraini Ali Musa menjatuhkan hukuman itu terhadap Najir Kuati, 44, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap lima mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun pada 4 Mei lalu di beberapa lokasi sekitar SMK Kinarut, Klinik Kesihatan Kinarut dan Skim Penempatan Kinarut.

Tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap lima mangsa berusia antara tujuh hingga 14 tahun pada 4 Mei lalu, di beberapa lokasi sekitar SMK Kinarut, Klinik Kesihatan Kinarut dan Skim Penempatan Kinarut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai  RM1,000, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dipenjara dua bulan dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda, kerana menarik tangan kanan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun tanpa kerelaan pada jam 10.30 pagi berhampiran Klinik Kesihatan Kinarut.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut atas kesalahan  menarik tangan kanan seorang lagi pelajar perempuan berusia 13 tahun di lokasi sama kira-kira jam 10.50 pagi.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga kerana menarik tangan kiri seorang murid perempuan berusia tujuh tahun di tepi jalan berhampiran Skim Penempatan Kinarut pada jam 11.10 pagi.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh dihukum penjara dua bulan serta denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda, kerana memeluk seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun tanpa kerelaan berhampiran SMK Kinarut pada jam 11.20 pagi.

Sementara itu, bagi pertuduhan kelima, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda kerana menarik tangan kanan seorang lagi pelajar perempuan berusia 13 tahun di simpang Taman Sri Juta Kinarut pada jam 10.50 pagi.

Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Amir Khuzairi Ahmad manakala tertuduh yang bekerja sebagai buruh kasar tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki didakwa mengganggu pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di kawasan Kinarut sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Kes disiasat oleh Inspektor Desmond Tanggapan bersama pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar yang berjaya melengkapkan siasatan sehingga tertuduh didakwa dan dijatuhi hukuman hari ini.

LEAVE A RESPONSE