Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Inovasi dan Pembaharuan Kunci Kukuhkan GRS Hadapi Cabaran Politik – Masidi – Sabah News

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan bahawa inovasi dalam pengurusan organisasi serta pembaharuan berterusan merupakan elemen penting bagi memastikan kelangsungan dan kekuatan GRS dalam menghadapi cabaran politik mendatang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, kegagalan melakukan pembaharuan boleh menyebabkan sesebuah organisasi menjadi lemah, tidak berkembang dan akhirnya tersisih.

Perancangan masa depan parti perlu diberi keutamaan, termasuk melahirkan pelapis kepimpinan yang berkualiti dan berwibawa,” katanya ketika berucap dalam Taklimat Khas kepada Ketua-Ketua Bahagian serta kepimpinan Wanita, Pemuda dan Beliawanis peringkat negeri di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru ini.

Menurutnya, pengurusan parti yang tersusun amat penting bagi memastikan struktur kepimpinan dari peringkat bahagian hingga ke akar umbi kekal kukuh dan berfungsi secara efektif.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut menekankan kepentingan konsep kepimpinan berpasukan sebagai asas utama dalam penstrukturan parti, berbanding hanya bergantung kepada nama parti atau individu tertentu.

“Setiap bahagian perlu bergerak sebagai satu pasukan kepimpinan yang bersatu bagi memperkukuh parti secara keseluruhan,” jelasnya.

Beliau berkata, melalui perancangan rapi, inovasi berterusan serta kekuatan pasukan kepimpinan, parti akan lebih bersedia menghadapi pilihan raya akan datang dan mampu menangani cabaran dengan lebih berkesan.

“Pembaharuan serta inovasi dalam pengurusan parti mesti menjadi proses berterusan bagi memastikan Gagasan Rakyat terus relevan sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti agar mengambil iktibar daripada kejatuhan beberapa parti politik besar sebelum ini yang berpunca daripada kegagalan melakukan pembaharuan dalam kepimpinan dan pengurusan.

Turut hadir, Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Datuk Mohamed Razali Razi serta tetamu kehormat lain.

LEAVE A RESPONSE