Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SAGA XI : Ranau dan Tawau kuasai acara berbasikal Cross Country

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAWAU : Pelumba dari Ranau dan Tawau berjaya mendominasi acara berbasikal Cross Country Olympic sempena Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Rabu.

Aksi penuh mendebarkan mewarnai perlumbaan apabila kedua-dua daerah itu menonjol dalam kategori lelaki dan wanita di laluan mencabar sejauh 20km dan 28km.

Para pelumba turut menunjukkan ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang tinggi sepanjang saingan.

Drevionna bermula baik dengan mendahului pesaingnya sejurus dilepaskan di litar Cross Country, Kompleks Sukan Tawau pada petang Rabu.

Dalam kategori wanita sejauh 20km (2km x 10 pusingan), Drevionna Magdelynna Davin dari Ranau berjaya menamatkan saingan dengan masa 58 minit 48 saat untuk meraih emas. 

Restyfiona Rizal dari Nabawan mengekori rapat dengan masa satu jam 25 saat bagi pingat perak, manakala Yvainne Donny dari Pitas meraih gangsa (satu jam tiga minit empat saat). Sebanyak sembilan pelumba daripada enam daerah mengambil bahagian.

Kategori lelaki pula menyaksikan Akmal Thaqif Begurdy dari Tawau muncul juara tuan rumah selepas menamatkan perlumbaan sejauh 28 kilometer (2 km x 14 pusingan) dalam masa 1 jam 4 minit 36 saat. 

Aksi kegembiraan Drevionna sejurus menamatkan 10 pusingan bagi meraih pingat emas acara berbasikal Cross Country Olympic kategori wanita.

Ryan Zeck Badimin dari Ranau meraih perak (1 jam 5 minit 53 saat), manakala Randdy Fodinan Dablle dari Kota Kinabalu memenangi gangsa (1 jam 6 minit 27 saat). Seramai 30 pelumba dari 11 daerah menyertai perlumbaan ini.

Kesemua pemenang menerima pingat kemenangan yang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

LEAVE A RESPONSE