Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pengawal keselamatan didakwa amang seksual murid perempuan


KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan.

Tertuduh, Mohd Firdaus, 34, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, hari ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan memeluk dan mencium pipi mangsa berusia 11 tahun sembilan bulan bagi maksud seksual, pada 13 Januari lalu jam 5.50 pagi di sebuah sekolah di Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta sekurang-kurangnya dua sebatan, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan tertuduh terus direman sehingga sebutan kes seterusnya.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE