Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Mayat lelaki terapung ditemui dalam longkang di Penampang


PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung di dalam longkang berhampiran sebuah restoran di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

​Pihak polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

​Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

​“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi menentukan punca sebenar kematian, manakala usaha mengesan identiti dan waris mangsa masih giat dijalankan.

​Dalam pada itu, Erwansyah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih atau gambar mangsa yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan.

“​Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab Rahman di talian 016-4492215 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

LEAVE A RESPONSE