Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Remaja tanpa dokumen didakwa masuk Sabah secara haram

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seorang remaja yang baru-baru ini mendapat perhatian di media sosial berhubung isu tanpa kewarganegaraan di Sabah, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Mohd Nico Ansboy, 18, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Nico didakwa tidak memiliki suatu pas yang sah di sisi undang-undang untuk memasuki Sabah semasa ditahan pada 15 Mac, jam 3 petang di kawasan One Borneo Mall, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10, 000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah disebat tidak lebih dari enam sebatan, jika sabit kesalahn.

Mahkamah menetapkan 30 April untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan 6 April bagi permohonan jaminan sementara menunggu peguam yang mewakili Nico.

Buat masa ini, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Deanivo Sittin, membantah jaminan kerana Nico tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan kes sebegini lazimnya tidak diberikan jaminan.

Tertuduh yang mendakwa mempunyai peguam, memohon jaminan dengan mendakwa dilahirkan di Sabah, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen.

Nico juga berdiam diri apabila ditanya bagaimana beliau boleh membuktikan kelahiran di Sabah.

LEAVE A RESPONSE