Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Bekalan tenaga cukup tampung permintaan cuaca panas

Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Peningkatan permintaan bekalan elektrik susulan cuaca panas ketika ini khususnya di kawasan Sepanggar dilihat masih mampu ditampung berdasarkan pengagihan tenaga semasa.

Ketua Pegawai Projek Major Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), Abdul Razak Salleh berkata, Pencawang Pengagihan Utama (PPU) Gudon yang bernilai RM42 itu mampu menambah agihan bekalan jika berlaku peningkatan permintaan.

Abdul Razak ketika ditemui media

“Itu terpulang kepada permintaan, tetapi untuk makluman, PPU ni merupakan PPU yang berkapasiti 30MegaWatt (MW). 

“Buat masa ini kita hanya guna sembilan megawatt, jadi kalau ada peningkatan penggunaan pun masih boleh ditampung untuk bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika meninjau projek PPU Gudon di sini pada Khamis.

Razak berkata, projek yang dilaksanakan bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) itu  dibangunkan untuk meningkatkan dayaharap sistem 11kV dan seterusnya menampung peningkatan tenaga di kawasan berkenaan.

Menerusi projek ini indeks tempoh purata gangguan (SAIDI) Sabah juga dijangka akan dapat dikurangkan sebanyak 1.47 minit bagi setiap pelanggan.

“Tujuan PPU Gudon ini ialah untuk memberi penstabilan elektrik ke kawasan Sepanggar di mana buat masa ini sebanyak sembilan MW telahpun dialihkan daripada PPU-PPU lain di kawasan Sepanggar ke PPU Gudon.

“PPU ini juga dapat menstabilkan beban-beban di kawasan-kawasan perindustrian di Sepanggar ini bagi memastikan kekurangan gangguan bila berlaku apa-apa yang tidak diingini,” katanya.

Pelaksanaan projek ini adalah di bawah Pasukan Petugas Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES).

Selain PPU Gudon, beberapa projek infrastruktur bekalan elektrik di Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Tawau dijangka akan siap pada tahun ini. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE