Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Tokoh korporat, KPN dan Ketua Hakim Negara terima darjah kebesaran tertinggi Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Tokoh korporat dalam industri minyak dan gas serta teknologi, Datuk Abdul Farish Abd Rashid mendahului senarai penerima pingat dan darjah kebesaran Sabah sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, esok.

Pengarah Urusan FPSO Ventures Sdn Bhd (FVSB) itu adalah antara tiga individu menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Dua lagi ialah Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sementara itu, seramai 79 orang menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Azrul Ibrahim

Antara penerimanya adalah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Awang Juri Awang Tahir; Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Azrul Ibrahim; Hakim Mahkamah Tinggi Maslinda @ Linda Datuk Mohd Ainal; an Pengerusi Sabah Electricity Saadiah Aziz.

Zulkifli (kiri) dan Awang Juri (kanan)

Penerima lain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Hazem Mubarak Musa; Ahli Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr William Gotulis dan Ketua Konservator Hutan Sabah Zulkifli Suara dan Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Haniza binti Abdul Wahab

Sementara itu seramai 117 menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 192 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 26p menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 249 menerima Bintang Kinabalu (BK), 113 menerima Perkhidmatan Terpuji dan seramai 13 menerima Jaksa Pendamai.

Antara penerima Jaksa Pendamai adalah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahemad Sade; Peguam Datuk Ram Singh; Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat Datuk John Ambrose; Pengerusi Sabah Air Aviation Emmie Martin Idang dan Lim Min Chee. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE