Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Kesegaran makanan laut jadi tarikan utama pelancong di KK

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Keunikan dan kesegaran makanan laut di bandar raya Kota Kinabalu terus menjadi antara faktor utama menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kelebihan itu banyak dipengaruhi oleh kedudukan ibu negeri yang terletak di pesisir pantai, sekali gus memudahkan akses kepada sumber makanan laut segar.

Beliau berkata, lokasi yang strategik itu juga membolehkan pelancong tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkan makanan laut berkualiti tinggi.

“Berbanding bandar raya besar lain yang memerlukan perjalanan jauh untuk menikmati hidangan makanan laut, Kota Kinabalu menawarkan kemudahan tersebut dalam jarak dekat, khususnya di sekitar kawasan bandar.

“Apabila pelawat datang ke sini, mereka mudah ke restoran-restoran makanan laut yang terkenal dengan kesegaran dan keenakan hidangan,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

Sabin berkata, faktor kesegaran hasil laut yang diperoleh terus dari perairan sekitar Sabah turut menjadi kelebihan utama, sekali gus meningkatkan daya tarikan industri pelancongan negeri.

Katanya, keistimewaan itu bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, malah turut menjadi pilihan pengunjung dari Semenanjung dan Sarawak.

“Ini menjadikan makanan laut sebagai salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE