Read Time:1 Minute, 2 Second
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag
Hajiji dan isteri tiba pada jam 5.27 petang, diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin.
Antara pengisian majlis termasuk bacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu dan anak yatim PDRM Kontinjen Sabah.
Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan, tazkirah Ramadan serta acara berbuka puasa.
Tetamu kemudiannya menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu.
Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Timbalannya, Datuk Abdul Rani Alias serta isteri masing-masing.





