Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Belia Sabah main peranan penting dalam agenda SMJ 2.0

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Golongan belia Sabah terus memainkan peranan penting dalam menyumbang idea serta cadangan bagi memperkukuh pelaksanaan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kini memasuki edisi kedua.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim berkata, idea dan cadangan yang disuarakan menerusi program Santai Iftar bersama komuniti anak muda itu berupaya menghimpunkan pandangan, suara dan aspirasi golongan muda di negeri ini 

Beliau berkata, ini termasuklah yang berkaitan pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat yang melibatkan isu pendidikan, kesihatan, pembangunan modal insan dan infrastruktur.

“Segala pandangan yang disuarakan akan dikumpulkan dan dikemukakan kepada kepimpinan kerajaan negeri supaya dapat dipertimbangkan dalam pelaksanaan kerangka Halatuju SMJ 2.0.

“Antara perkara yang kita bincangkan ialah usaha memperkasakan golongan muda termasuk pelajar autisme dan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan mereka mendapat akses pendidikan yang lebih baik.

“Sudah tentu, kementerian berkaitan diyakini mampu memainkan peranan dalam melihat keperluan golongan tersebut agar potensi mereka dapat digilap sekali gus membolehkan mereka bersaing dalam arus perdana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Program Santai Iftar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Pada program itu, para peserta turut membangkitkan isu kekurangan doktor di Sabah yang memerlukan perhatian serius memandangkan keluasan negeri ini serta keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu Azrul berkata, cadangan dikemukakan agar kerajaan negeri memperkenalkan lebih banyak insentif dan bantuan seperti biasiswa kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran.

Katanya, langkah itu diyakini mampu menarik lebih ramai anak Sabah menceburi bidang perubatan sekali gus membantu mengatasi isu kekurangan doktor tempatan di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE