Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

KPM umum cuti tambahan 18 Mac sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac ini kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, cuti tambahan itu diberikan bagi memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya untuk menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan itu lagu, berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis).

Manakala sekolah dalam Kumpulan B pula diperuntukkan dua hari cuti tambahan, iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).

“Pemberian cuti tambahan ini bertujuan memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Tambahan cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga pendidikan untuk membuat persiapan dalam suasana yang lebih teratur,” menurut kenyataan itu.

KPM turut menegaskan bahawa langkah berkenaan selaras dengan komitmen kementerian untuk terus memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan di seluruh negara. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE