Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Pantau peniaga dimusim perayaan, pastikan patuhi peraturan – Ruslan

Read Time:1 Minute, 15 Second

BEAUFORT: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan disaran meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan di kawasan tumpuan khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, peningkatan aktiviti perniagaan di pasar awam dan lokasi tumpuan orang ramai sempena musim perayaan memberi peluang kepada peniaga untuk menambah pendapatan, namun aspek kebersihan dan kualiti produk yang dijual perlu diberi perhatian serius.

Beliau berkata, kebersihan makanan dan kualiti jualan amat penting kerana ia berkait rapat dengan keselamatan serta kesihatan masyarakat yang membeli barangan berkenaan.

“Dalam masa yang sama, kita juga memahami ada peniaga kecil yang mungkin mengambil kesempatan berniaga walaupun tidak memiliki lesen.

“PBT boleh mempertimbangkan keadaan mereka, namun semua peniaga tetap perlu mematuhi peraturan yang sedia ada supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program sumbangan bubur lambuk dan berbuka puasa  bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort di sini pada Isnin.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penguatkuasaan yang lebih tegas bagi memastikan undang-undang dipatuhi, terutama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini melibatkan pihak penguat kuasa seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, Ruslan menekankan kepentingan kerjasama antara agensi penguat kuasa dan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan pegawai penguat kuasa terjamin ketika menjalankan tugas.

Katanya, kerjasama bersepadu antara agensi berkaitan amat penting bagi memastikan penguatkuasaan berjalan lancar serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

LEAVE A RESPONSE